Saturday, January 31, 2009

Buat Renungan Lah Semua Cucu Adam

Murid yang nakal bertukar jahat
Sebab banyaknya berbuat maksiat

Remaja berlumba digelar Mat Rempit
Kerna akal dan jiwa sakit tersepit..

Gadis sekarang ramai yang rosak
Asbab diri tidak berakhlak

Pemuda pula menjadi perosak
Puaslah syaitan ketawa gelak..

Jika hidup ikutkan nafsu
Akhir matlamat tiada menentu

Rajin menderma memberi bantuan
Bertambahlah rezeki untukmu tuan

Pesan memesan perkara yang baik
Perkara buruk dipandang jelik..

Bunuh membunuh menjadi lumrah
Sebab tak ikut kehendak fitrah

Kalau hidup tiada beradap
Mudah dirimu berlaku biadap

Andai tak mahu diri dibenci
Hentikan segala fitnah dan caci..

Hiaslah diri berakhlak mulia
Seri wajahmu kan manis sentiasa..

Tentukan pilihan tetapkan hati
Itulah perbuatan lelaki sejati

Banyak banyaklah mengingati allah
Nescaya tunduklah nafsu serakah..

Jaga awasi tingkahlakumu
Itu nasihat pesan ibu..

Selalu tersenyum bersangka baik
Tetamu yang datang jemputlah naik..

Jika guru dipersendakan murid
Alamat hatimu dah jatuh sakit

Jika suka menghina orang
Petanda diri banyak yg kurang

Jika murid tak menghormati guru
Bahagia hidupmu belumlah tentu

Baru belajar setengah alif
Hendak menunjuk dirinya arif

Umurmu muda bermulut bisa
rupa yang cantik hodoh jadinya

Belum pun lagi lulus cemerlang
Ucapan lidah berbau longkang..

Kusangka jelita wajah cik adik
melihat perangai kusangka jijik

Belum bekerja pandai merokok
Setakat ayam boleh berkokok..

Gadis duduk di riba jantan
Sengaja terjun ke lembah syaitan

Dara sengaja berbaju nipis
Umpama iman nak hampir habis..

Pemuda tak cintakan masjid
Nasib umat meruncing perit..

Aurat dan istinjak tak diberatkan
Hancurlah keturunan zaman berzaman

Hukum agama tak mahu dipatuhi
Derita akhirat pastikan kau tempuhi..

Berilah kasih pada yang layak
Sepanjang hidup x kan melalak..

Langkahkan kaki ke tempat baik
Ke dalam syurga akhirkan mudik..



setanggi dibakar
Di karang mentera,
Sambil pedita tepian kali,
Assalamualaikum penutup bicara....
salam sejahtera kuluhur sekali...


Nie adelah Hasil Karangan Kawan Ku shahriman

No comments:

Post a Comment